Followers

safe our filling for the right one!!


dalam kisah ni,
anggaplah "aku" tu adalah diri anda
semoga terpelihara "filling" untuk yang sepatutnya...



pengembaraan bermula.......



saat aku menulis dan menari-narikan jari jemari memilih huruf yang tepat ini,sebenarnya batinku sedang menjerit,meraung,rindu,bahagia,gembira,duka,hiba,tenang,sakinah ku rasa dilimpahi perasaan ini semua.barakah..........malu rasanya.

aku...
sudah lama menantikan dia.aku sudah lama meredam rindu padanya.aku sudah lama ingin menatap wajahnya yang tenang dan damai,penuh cinta.aku menyedari kehadirannya dalam hidupku semasa aku di maktab mahmud yan tingkatan 2.namun,waktu itu,aku masih rasa hina,lemah,dan rasanya tidak layak untukku bertegur sapa dengan dia.siapalah aku di hadapan nya agaknya ya???

tetapi....
pada saat itu,aku terus menaruh cintaku padanya.dalam hati.menjadi wasilah untukku mencapai cinta illahi yang sejati,ALLAHU RABBI!!aku selalu berdoa agar ALLAH taqdirkan aku untuknya.....untuk si dia.....untuk buah hatiku ini.semenjak dari itu,aku tidak pernah melupakan dia.kerana dia mengingatkan aku pada ALLAH......pada ALLAH....pada ALLAH.walau aku hanya mampu memerhati dia dari jauh..

maka....
apabila aku ditingkatan 4 dan 5,aku berusaha belajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu,agar aku bisa hampirinya.aku amat mencintai dia kerana ALLAH.wajahnya bermain di syurga mindaku.....sangat selalu....kerana ALLAH.

namun...
pada akhir tahun lepas,berlaku satu peristiwa.perpisahan antara aku,rakan2 dan dia.maklumlah sudah di tingkatan 5,tamatlah persekolahan ku di bumi barakah ini.agak sedih,pilu.aku menangis keseorangan dalam lubuk hatiku yang paling dalam walaupun pada tika itu,akulah manusia yang tersenyum manis di bibir dan memberikan kata2 semangat pada yang lain.dalam pelukan kami dan salam ukhuwah kami...

dari kelu,
perkenalan itu berlalu
dan ukhuwah itu,
makin dingin dan pilu.

rintih rindu
saat ini,
apakah benar
tamsilan cintaku,
padamu sahabat
terpalit onar dan cemar.?

kian merana
hati membara
batin tersiksa
tak mampu lagi berbicara.

bertenanglah!
tabah
saat perpisahan ini,
hikmah menanti
kita pasti tak bersendiri.

tadi malam
aku bermimpi
ukhuwah terdalam
kurniaan illahi

hanya ku pinta
doamu selama
disisiku....

pada ketika majlis wida' itu,aku tidak sengaja melihat si dia keseorangan.dia terpandangku sekilas.matanya muram.terus dia mengalih pandangan daripadaku.aku tidak dapat menafsir apakah maknanya itu..tapi,aku merasakan dia juga seperti aku.naluriku kuat mengatakan begitu.walaupun kami tidak pernah sesekali bertegur sapa hatta berpandangan sekalipun.itulah kali pertama matanya dalam mataku,walau cuma sedetik.dia berlalu pergi.aku tidak mampu menahan siksaan batin lagi....

malam sudah lewat..........
aku menunggu rakanku untuk tidur.pun begitu bukan semuanya tidur.ada yang masih mandi,ada yang sedang bermain bola,melepaskan dendam setelah lama berjuang untuk spm.ada yang menonton video sambil berborak-borak.ada yang masih diluar kamar,melilau pandangan memerhati bintang.aku melangkah longlai ke sebuah kamar yang lain.jam 1.30 pagi.lantas aku terus mengadu pada ALLAH atas kesesakan dan kesedihanku.aku bakal merasakan aku bakal terpisah dengannya.pagi itu aku tak henti2 berdoa pada ALLAH agar tidak pisahkan aku dengannya.aku terlalu mencintainya,ALLAH.demi ALLAH,ku cinta padanya kerana ALLAH dan RASUL.esoknya....

kami semua berpisah menentukan haluan perjalanan hidup masing2.....

kini,aku dan rakan dulu di maktab mahmud yan,semuanya sambung pengajian sebentar menduduki STAM.ada di nahdhoh,maktab mahmud alor setar,smka fauzi dan yayasan khairiah,walaupun hanya ada seorang sahaja dari kalangan kami yang tidak turut serta..

dunia tenang.dalam ketenangan itu,aku pasti tidak akan dapat melupakan dia.

namun.....
suatu yang memeranjatkan bagiku,aku telah terserempak dengannya semasa perjalanan pulangku di pintu gerbang sekolah.rupanya dia juga berada di sini.bertapa girangnya aku!!!ALLAH maqbulkan doa aku pada malam tragis dulu!!alhamdulillah..aku tidak akan lepas dia berlalu pergi dengan diamku ini.aku sudah bertekad...

sampai....
aku sekarang telah pun ditemaninya di mana pun jua.dialah kekasihku yang paling aku cintai.sampai mati dia akan tetap menemaniku.demi ALLAH!ALLAH tujuan kami dalam semua hal dan perkara,ALLAHlah matlamat kami.aku tenang menatap wajahnya kini.dia selalu menasihatiku agar jangan tinggal amalan sunnah,kerana ianya sumber kekuatan dan penuh hikmah.bertahajjudlah kerana al fateh tidak pernah meninggalkannya sejak beliau aqil balikh.

berwitirlah kerana dengan witir kau layak bergelar tentera toriq bin ziad!!solatlah subuh berjamaah kerana yahudi pengecut itu amat menggeruninya!!bacalah kalam ALLAH dengan tartil,memahami,dan berusaha untuk menterjemahkan menjadi praktikal,kerana ia adalah sebenarnya panduan kita!sentiasalah berwudhuk kerana ia petunjuk amalan kebaikan dan sentiasa menyingkirkan dosa di hati.selalu ingat akan ALLAH maha melihat kita dan mengawasi setiap gerak langkah kita kerana ia akan menerangi hatimu dan hatiku.amallah dhuha pasti kau akan bertenang diri.aku mendapatkan hal ini semua dari ucapan manis,lembut dan penuh bersemangat.

pesannya padaku....
islam ditendang kuffar saat ini.islam dipinggirkan oleh ummatnya sendiri.wajib atas dirimu menegakkannya semula.seperti keagungannya dahulu.



ku bertanya,bagaimana??
dia memberitahuku dengan senyuman manis menejukkan hati yang panas membakar...
kekuatan itu hanya akan dapat semula apabila umat islam mendapat daulah islamiah.seterusnya khilafah islamiah dan akhirnya islam akan menjadi rujukan kepada dunia dengan mencapai tahap tertinggi iaitu menjadi ustaziatul alam.

untuk mendapatkan daulah islamiah tidak semudah yang disangkakan,sebelum mendapatkannya perlu wujud dahulu usrah muslimah iaitu keluarga islam dan mujtama' muslim iaitu masyarakat muslim dan kedua duanya tidak mungkin akan wujud tanpa fard muslim iaitu pembinaan individu muslim.seecara mudahnya sebelum mendapatkan daulah islamiah,kita perlu mulakan dengan pembinaan fard muslim,dan keadaan umat islam kini mewajibkan ummatnya untuk mendapatkan kembali daulah islamiah

dia berkata lagi padaku.........
apa apa yang tidak sempurna sesuatu yang wajib,kecuali dengannya maka hukunya menjadi wajib!!

dari sini kita faham,untuk mendapatkan daulah islamiah yang wajib,kita wajib memulakan dengan pembinaan fard muslim.oleh itu wajib untuk kita mulakan dengan diri kita!!duduklah bersama mereka yang melakukan tarbiyyah,pastikan dimana pun kita berada wahai kekasihku,pastikan kita bersama tiga perkara ini..
  1. murabbi;pembimbing yang membawa menunjukkan ilmu dan kefahaman pada kita.
  2. manhaj:al quran dan sunnah
  3. biah:suasana yang membantu pembinaan fard muslim dan iman.
sebenarnya...
aku malu untuk memberitahu siapa dia kekasih ku ini...
tapi dia mahu akau kabarkan jua pada anda semua..
dialah kekasihku.... PERJUANGAN!!

"katakanlah,jika bapak2mu,anak2mu,saudara2mu,isteri2mu,keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan,perdagangan yang kamu khawatirkan akan kerugiaannya,rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai,lebih kamu cintai dari ALLAH dan RASULNYA,serta BERJIHAD di jalannya,maka tunggulah sampai ALLAH memberikan keputusanNYA.dan ALLAH tidak memberi petunjuk pada orang2 fasik"

[9:24]

DiAnTaRa KeNaNgAn.....

KENANGAN 1
ia milik kita bersama[7tggeneration]
aku masih ingat lagi,
dengan jelas,
waktu itu,kita adalah remaja yang telah merasai,
bebas merdeka.
dari satu medan perjuangan yang besar selepas UPSR,
erm....
rasanya lebih kurang 3tahun yang lalu.
kita telah sama berusaha,membaca,menulis,memahami,
segala bentuk curahan ilmu,
dari guru-guru yang ikhlas,
semenjak hari pertama menjejakkan kaki di maktab mahmud yan.
sampailah tigkatan 3.
semuanya persediaan menghadapi 'si dia'


dan..
alhamdulillah..
berkat dorongan ibu,ayah serta tunjuk ajar guru,
tambah pula julukan semangat,
dek rakan-rakan,
kita berjaya tempuh perjuangan ini dengan baik
tiada yang mati katak,
rasanya.


dan aku masih ingat lagi,
dengan jelas,
peristiwa hari terakhir peperiksaan itu,
kita seumpama terbang di awan biru,
tatkala pengawas peperiksaan ambil semua kertas jawaapan kita,
semua rasa bebas,
fikiran tenang,
dan kebanyakkan kita,
tidak terfikir apa yang akan terjadi,
pada masa depan kita,
seperti apa yang kita jadi pada hari ini!
dan kita waktu ini,
adalah hasil perbuatan kita waktu itu..


kita ditayangkan semula,
beberapa 'slide photo' masa dalam dewan peperiksaan itu,
'photo' yang diambil dalam diam,
oleh pengawas peperiksaan tu,
ada gambar,
mereka yang tekun menjawab,
mereka yang memutarkan fikiran dengan mimik muka tersendiri,
tak ketinggalan juga,
mereka yang tertidur...
barangkali letih sungguh berjuang.


dan aku masi ingat lagi,
dengan jelas,
hari kemerdekaan kita bersama dihiasi dengan bermacam aktiviti,
kita dibawa oleh guru-guru ke salak denai,
chalet dalam hutan yang indah,
mandi kolam bersama,
mengikuti tazkirah di malamnya,
hening bersama bunyi serangga,
di balik hembusan angin gunung yang menusuk ruangan tulang,
deruan air yang menyedapkan gegendang telinga,
menenangkan ruh,
menambah keimanan bagi mereka yang berfikir..
kita benar2 terkesan dengan suasana itu,
habuan selepas berjuanglah katakan.


aku masih ingat lagi,
dengan jelas,
kita bersama dibawa bersiar,
dan berziarah,
antaranya bukit bendera dan muzium perang,
bersama-sama dengan penuh riang,
bergambar dan membingkaikan kenangan bermakna itu,
dalam sekeping hati,
agar menagih kerinduan tatkala melihatnya semula,
pada masa akan datang..
memang tujuanku untuk memutarkan kenangan itu sebentar,
dalam jiwa kalian,
aku tak mampu menggambarkan pada kalian,
dengan perkataan lebih dari itu,
untuk menyentuh hati kalian.,
juga untuk aku kongsikan pada teman,
seaqidah yang lain.
kerana kita,
tiada bezanya,


pada tika inilah,
ukhuwah mulai terasa mekarnya,
bersama teman dan guru tercinta,
pokoknya,
kita waktu itu sedang berehat-rehat,
melepaskan penat,
kerana puas berjuang,

mengakhiri perjuangan itu,
dengan suasana penuh kelegaan,
keriangan,
ukhuwah,
tenang bersama-sama,
lagaknya seumpama kupu-kupu riang,
mengerumuni madu di bunga mekar,
selepas sekian lama dalam kepompong,
penuh sabar menahan keinginan.


walaupun akhirnya,
kita mula berpisah menentukan haluan masing2
di tingkatan 4....

KENANGAN 2
ia masih milik kita[7th generation]


aku masih ingat lagi,
dengan jelas,
waktu itu kita mencari trek,
buat melengkapi program tarbiah yang telah dirancang,
trek tamrin,
dibalik hutan dan sungai titi hayun.


trek itu,
lambang kesatuan kita,
kerana kita semua,seumpama dalam satu saf,
bersetuju memilihnya,
dan disepanjangnya,
kita sama2 berpenat lelah,
mengisi dengan aktiviti yang sesuai dan cocok,
buat adik2 kerana kasih sayang untuk,
membelai dengan segenap tarbiah dan ukhuwah,
bersama-sama,
meruntuhkan tembok pergaduhan dan ketidakserasian,
yang dulunya menebal.


aku masih ingat lagi,
dengan jelas,
waktu kita semua bersetuju untuk meninjau,
di sepanjang sungai itu,
cuaca mendung,
awan gelap,
air sungai melaju,
angin bertiup sejuk dibalik gunung,
sampai di bumi kita,
namun,
kerana itu sahaja masa yang ada,
kerana kita telah bersepakat untuknya,
kerana buat adik2 yang tercinta,
kerana untuk menyusun aktiviti terbaik buat kita dan mereka,
kita pergi juga,
gembira menyirami hatiku,
bimbang juga berpasak dijiwa,
barangkali akan terjadi kecelakaan.
bertemankan seorang ustazah,
akhirnya kita berjaya,
meninjau seluruh kawasa trek itu,
menetapkan beberapa aktiviti tertentu,
setelah berfikir dan menghempaskan segala idea dengan jitu,
dan tiada yang tercelaka,
cuma,
menghadiakan titisan darah,
rezeki si lintah sungai.


mengakhiri misi,
dan perjuangan ini,
dengan suasana penuh kelegaan,
keriangan,
ukhuwah,
tenang bersama-sama.
KENANGAN 3
kita tak pernah melalui kenangan ini,
kita tak pernah menghadapi peristiwa ini,
bahkan tak pernah terlintas,
walaupun sekali.
ia milik seorang kanak2 lelaki,
sungguh,ia benar terjadi,
umurnya dalam 3 hingga 4 tahun,
berjalan bersama ibunya di suatu lorong,
tenang.
dia sudah lama menunggu ibunya,
untuk menjemputnya pulang dari sekolah,
berjalan berpimpin tangan,pulang ke rumah,
sesekali dia memandang wajah ibunya,
bersih,suci,redup dengan senyuman menawan,
membuatkan dia turut gembira,
senyuman ibunya yang penuh makna,
biarpun sorot mata telah lesu..

dalam ayunan langkah terakhir,
menapak kaki ke rumah,
tiba2,
sekumpulan lelaki melaju ke arah mereka,
lengkap bersenjata,
berpakaian tentera yang lagaknya terlatih,
2 dari mereka memaut rifle,
dengan kasar,gasar,memaksa,kurang ajar,
merentap si ibu daripada anaknya,
mengacu senjata yang sedia memuntahkan peluru,
tepat di tempurung kepala,
bersama gelak tawa yang menghanbur ke udara,
yahudi......ya mereka yahudi bangsa mabuk keganasan,

senyuman manis tadi,
bertukar masam,
si ibu berusaha mempertahan si anak,
si anak berusaha menggapai si ibu,
dia,
kanak2 itu,
ditendang,disepak dengan penuh dendam,
terlepas tangannya,
dari genggaman lembut dan bertanggungjawab sang ibu,
dia,
hanya mampu melihat ibunya,
direntap tudung,
ditampar pipi tempat ciumannya,
ditendang kejam dengan kasut beralas besi,
lalu disumbat ke dalam trak,
dan dibawa pergi oleh sekumpulan,
binatang bangsat itu,
hanya mutiara jernih,
sebagai lambaian terakhir,
sang ibu pada dirinya,
lalu menghilang di balik bayangan,
debu padang pasir...

menyedari,
dia tak akan bertemu lagi,
sang ibu tercinta,
lantas dia bangun,
untuk mewakafkan diri,
dalam perjuangannya,
pada umur yang masih muda,
walau hingusnya masih belum kering,
namun dia telah memahami tentang buminya,

memulakan perjuangan dengan suasana,
sangat pilu,
sedih dan hanya ingin menuntut haknya semula,
akan membalas semula semua kejadian,
yang merampas kebahagiaannya...

renungkanlah dengan hati yang benar...sejauh mana kita.
KENANGAN 4
kita tak pernah melalui kenangan ini,
kita tak pernah menghadapi peristiwa ini,
bahkan tak pernah terlintas walaupun sekali,
namun sebenarnya,kita pernah menyentuhnya,
mungkin sekali,
kemudian,
kita lupa......
ia milik seorang lelaki,
ketika dia sedang berjalan,
tiba2,
terdengar suara dari langit,
maka mendongaklah dia keatas,
yang dia lihat,
jibrael yang pernah datang padanya,
di gua hira' dulu,
sedang duduk di atas kerusi,
antara
lalu,
dia berlutut sehingga,
rebah ke bumi,
kemudian dia pulang bertemu si isteri tercinta,
katanya;'selimutkan aku,selimutkan aku!'
lantas diselimutnya,
lalu ALLAH menurunkan firmanNYA yang bermaksud,
"wahai orang2 yang berselimut,
bangunlah serta berilah peringatan,
dan amaran,
dan tuhanmu,maka ucaplah,
dan ingatlah kebesaranNYA,
dan pakaianmu,
maka hendahlah engkau bersihkan,
dan segala kejahatan,
maka engkau jauhilah!"[al mudathir 1-5]
kemudian wahyu turun berturut2......
{sahih bukhari}
lelaki itu sangat memahami,
hakikat perintah tuhannya,
matlamat memberi peringatan,
supaya baginda tidak membiarkan,
seorang pun menyanggahi,
keredhaan ALLAH di alam ini,
melainkan,
hendaklah diberi peringatan,
tentang akibat buruk,
sehingga menimbulkan kegerunana,
di hati dan fikiran......

matlamat membesarkan tuhan,
supaya baginda jangan membiarkan,
seorang pun membesar diri di muka bumi ini,
melainkan,
hendaklah dimusnahkan kekuasaannya,
dipusingkan belakangnya ke bawah,
agar tidak ada di muka bumi ini,
melainkan kebesaran ALLAH semata-mata..


matlamat membersihkan pakaian,
dan menjauhi segala kejahatan,
supaya mencapai pembersihan zahir dan batin,
dan juga bermaksud,
membersihkan jiwa daripada sebarang keburukan,
dan kecemaran,
sampai ketahap yang sempurna,
dengan itu,
jadilah jiwa manusia,
jiwa yang layak berada di lembayung rahmat ALLAH,
yang berlanjutan pemeliharaanNYA,
hidayah dan cahayaNYA,
jadilah dia,
manusia terbaik untuk dicontohi,
tertarik kepadanya setiap hati yang sihat,
dan juga hati yang menyeleweng,
terasa hebat dan agungnya dia,
sehingga,
semua isi dunia tertumpu padanya,
sama ada mereka setuju atau membantah....


matlamat tidak mengharapkan balasan yang banyak dengan apa yang disampaikan,
supaya baginda tidak menganggap besar,
usahanya apatah lagi merasa hebat,
malah,
hendaklah terus berusaha keras,beramal dan beramal,
banyak bekorban,
kemudian melupakan pengorbananya itu,
malah semua itu,
adalah pasti dengan bantuan ALLAH,
sehingga baginda,
tidak akan merasa perasan,
dengan usaha dan jerih payahnya,


dan apa yang telah dialami oleh lelaki ini,
adalah gangguan dari mereka yang menentang,
berbentuk bantahan,
ejekan,
sehingga sampai tindakan nekad,
untuk membunuhnya dan para sahabatnya,
serta menghapuskan semua orang mukmen,
yang mengikutnya,
justeru,
ALLAH menyuruh baginda,
bwesabar dengan kekuatan,
dan kejituan,
bukan untuk habuan,bukan kepentingan diri,
malah semata mata,
untuk redha tuhannya...


lantas memulakan perjuangan memikul beban,
yang berat di bahunya,tidak digugurkan nya,
iaitu,
beban amanah di muka bumi,
beban kemanusiaan,
beban aqidah,
beban penentangan dan jihad,
menyelamatkan seluruh umat,
manusia...


kenangan yang aku nukilkan tadi,sebenarnya adalah pengalaman yang menjadi guru pertama
menunjukkan dan menanam prinsip jua jati diri pada pemiliknya
yang ditaqdirkan ALLAH

kenapa aku menyentuh persoalan kenangan???
kerana ramai yang selalu mengimbas kenangan lalu...
tetapi tidak pula mengambil iktibar untuk mengejar impian hari esok...
dari kenanganlah kita sepatutnya memperbetulkan matlamat hidup..
kerana kenangan menunjukkan di mana,sejauh mana kita dengan matlamat sebenar kehidupan.
persoalannya,
apakah matlamat sebenar kita di dunia?
sejauh mana kita memahaminya?
apakah kita telah melunaskannya?
adakah kita hidup berpaksikan matlamat itu?
dan tahukah,apakah kecelakaan kalau tidak mamahaminya
dan melaksanakannya??

pengakuan islam tidak akan sempurna tanpa memahami hakikat ini.
maka,
insyaallah,aku akan menjelaskan dengan ringkas sedayaku,
seiring pemahamanku,
kerana aku juga manusia yang masih lemah dan penuh kesalahan,
dan anda berhak untuk menilainya..

al quran menjelaskan beberapa kumpulan manusia,
cara kehidupan,dan matlamat hidup mereka..
dan dalam kumpulan ini sahajalah manusia dikategorikan.
contohnya,selepas membaca penjelasan ini,
anda boleh mengklasifikasikan dimanakah kumpulan kenangan
7thgeneration,kanak2 itu, dan lelaki mulia tad
dengan hati yang benar dan fikiran waras anda..
1.tumpuan hidup makan dan berseronok.
dan sebaliknya,orang2 kafir menikmati kesenangan di dunia ini,serta mereka makan ,minum
sebagaimana binatang2 ternak makan minum,sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka
muhammad;12
2.matlamat hanyalah hiasan dan kesenangan hidup fana.
dijadikan indah kepada manusia kesukaan kepada benda2 yang dingini nafsu,iaitu perempuan,
anak pinak,harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak,kuda peliharaan,
yang bertanda lagi terlatih,dan binatang2 ternak,serta kebun2 tanaman.semuanya itu adalah
kesenangan hidup di dunia.dan ingatlah,pada sisi ALLAH ada tenpat kembali yang sebaiknya
iaitu syurga..
al imran;14
3.tumpuan hidup mewujudkan huru hara,mencetus suasana
tidak aman dan tidak selamat.
dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia mmenyebabkan engkau tertari hati[mendengarnya],dan dia[bersumpah dengan mengatakan bahawa]ALLAH menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya,padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya[kepadamu],kemudian apabila dia pergi[dengan mendapat hajatnya]
berusahalah dia di bumi ini,untuk melakukan bencana padanya,dan membinasakan tanaman2 dan keturunan,[binatang ternak dan manusia] sedang ALLAH tidak suka kepada bencana kerosakan.
al baqarah;204,205
4.matlamat orang beriman.memimpin manusia kearah jalan
yang benar memancarkan cahaya islam di serata muka bumi.
wahai orang yang beriman,rukuklah serta sujudlah mengerjakan sembahyang,dan beribadahlah
kepada tuhanmu[dengan mentauhidkannya]serta kerjakanlah amal2 kebajikan,supaya kamu berjaya[dunia dan akhirat].dan berjihadlah kamu pada jalan ALLAH dengan jihad yang sebenar-benarnya.DIAlah yang memilih kamu,[untuk mengerjakan suruhan agamanya]dan dia menjadikan kamu menanggung suatu keberatan,dan susah payah dalam perkara agama,iaitu agama bapa kamu,ibrahim.DIA menamakan kamu orang islam semenjak dahulu dan di dalam [al quran] ini supaya rasullullah[muhammad] menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu,dan supaya kamu pula,menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia[tentang yang benar dan yang salah].oleh itu,dirikanlah sembahyang,dan berilah zakat dan berpegang teguhlah kamu kepada ALLAH.DIAlah pelindung kamu.DIAlah sahaja sebaik baik pelindung dan sebaik baik pemberi pertolongan..
al haj;77,78
oleh itu,nilailah dari kenangan kita,
sejauh mana kita,
dan masih belum terlambat lagi pun..
untuk berubah.
al quran dihadapan kita telah lama menjelaskan..

north east south west 7thgeneration is the best=????

risalah ini ditulis oleh seorang sahabat kite sume...bacelah...!!


Aku mulakan coretan ini dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani......

wahai saudaraku........biar dimanakan kalian menuntut tika ini,biar apa pun yang kalian lakukan pada waktu indah ini.aku dengan dayaku masih mengharap agr kuntuman bahagia tetap mengulit hati2 mu.......suatu kebahgiaan yang hanya ada pada indahnya akhlak mulia,akhlak mulia yang hanya ada pada suatu keadilan........iaitu perbuatan pada tempatnya dan sepatutnya.......keadilan inilah sebenarnya fitrah manusiawi.........dan kalian harus tahu bahawa tiada suatupun yang lebih tepat pada fitrah manusiawi melainkan pada islam..ya islam.......sungguh ini bukan satu teori yang tidak pasti.....tetapi ia adalah seruan dari tuhan kita....

'wahai orang2 yang beriman!masuklah ke dalam islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah2 setan.....sungguh ia musuh yang nyata bagimu'

cara hidup islam adalah fitrah......dan pengembalian fitrah harus pada cara hidup islam....fahamilah sebaiknya......bukan hanya sekadar suatu falsafah jumud seperti yang kita pernah mengaji dalam pelajaran syriah....lepas tu kita lupa......agr kita semua benar2 memanfaatkan aqal.aku harap kalian memahami ajakan ku yang puncanya tentu saja dari kitab ALLAH dan SUNNAH RASULNYA..........
aku amat berharap...........

ikhwah dan akhawat fillah....

kalian dulu pernah hahdir dalam bahagian lampiran hidupku
ya........waktu itu kita bermastautin di bumi barakah maahad mahmud yan....semuanya demi sebingkai ilmu buat diri yang jahil dan gersang....hingga kita bisa mengungkapkan satu semangat denan penuh yakin..'north east south west 7thgeneration is the best!!'dengan ilmu yang kita sama usaha menuntut,buat membasahi kekeringan hati,kita amt yakin dengan kalimah tadi............hati mula basah dengan corak tarbiah.fikiran mula berkembang dengan corak ilmu agama dan akademik.lantas membentuk amalan yang praktikal dan utuh
terima kasih ayahnda dan bonda di maahad yan ats usaha kalian mencorak secebis kain putih di hati kami......

sekarang kita telah berpisah menentukan haluan hidup masing2.perpisahan yang awalnya amat menyakitkan,namun ku sedari hakikatnya agar kita sentiasa merindu,agr kita saling selalu mengingati,agar kita saling selalu bertemu dalam doa yang tulus dan kudus dari seorang sahabat kepada sahabatnya.....senyum manis,gelak tawa,kebersamaan,tangis sendu semuanya mencengkam jadi satu saat aku mendoakan buat kebahagian kalian di dunia dan akhirat.....agar kita bisa berkumpul semula dalam syurga dengan ikatan ukhuwah keimanan.......ikatan sejati...

Ucapan selamat berjuang dan berjihad ilmu buat sahabat2ku matrikulasi al azhar,maktab mahmud a.setar.pendang dan an nahdhoh bukit besar[STAM].....semoga berjumpa di mesir......

juga buat sahabat2kudi uitm merbok dan seri iskandar perak..semoga kalian bisa tabah meneraju masa depan....

juga buat kalian yang giat berjuang di KUIN kedah dalam komitmen masing2..ayuh terus maju.usah pandang sejarah sedih yang dulu......

juga buat kalian yang berhijrah ke UIA NILAI dan PJ dalam bidang masing2.moga kalian bisa meredah dengan sempurna dunia baru kalian......

juga buat sahabat2ku di UM NILAMPURI kelantan......agr mimpi kalian tewarnai denagn hikmah kalian.....

buat kalian di UDM terengganu....berlarilah terus tanpa lelah agr amanah kalian terlaksana...

buat sahabatku yang memilih menjadi bakal2 menjadi,iaitu yang berada di bumi IPDA,IPSAH dan maktab perguruan kampus perlis.....di tangan kalianlah khususnya harus bagaimana manusia diprinsipkan...makanya fahamilah isi al quran kerana ianya bukan hanya buat dibaca tapi hakikatnya buat menjadi prinsip2 yang utuh,amalan yang praktikal,bekerja secara mantap bukan hanya bercakap tergagap gagap dan pedoman kemakmuran seluruh isi bumi.......itulah sebabnya kenapa ai quran diturunkan buat umat manusia........bahawasanya akhlak nabi itu terbina seluruhnya dari isi al quran....dan tiada akhlak yang lebih mulia dan praktikal di dunia ini melainkan hanyasanya akhlak RASULALLAH.......

juga buat sahabatku di DQ KUALA KUBU BARU...untung anda diberi rezeki buat menjadi hamlul quran...kami menanti bait2 indah itu meniti dibibir anda dan diserukan buat kami seluruhnya......

salam perjuangan buat temanku STPM .....jangan berhenti dan jangan letih....membina pasak pada ruang masa depan yang maha luas.....

salam perjuangan buat sahabatku yang jauh diperantauan,bumi para anbiya,jordan dan mesir...moga kalian punya tekad yang membulat,keazaman dari hati yang bugar,matlamat dan niat dari nur.....yang murni....agar kalian pulang satu hari nanti dengan mutiara dan berlian yang menyinari kami dan ummah islam disini......

buat sahabatku yang giat membuat persedian ke jepun,semoga anda mencapai tujuan sebenar,jelas dan penuh bersinar buat berjual untuk agama....

'wahai orang2 yang beriman!!mukah kamu AKU tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih??yaitu kamu beriman pada ALLAH dan RASULNYA dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu.itulah yang lebih baik bagi kamu........jika kamu mengetahui"

[as saf;10 dan 11]
tak dilupakan juga buat sahabat2ku yang sebenarnya aku terlupa bahkan tidak tahu di mana kalian menimba ilmu tika ini.........maafkanlah......namun apa yang ingin aku fahamkan pada kalian bukanlah suatu kepentingan abadi dan bukan juga suatu kerugian yang memufliskan pabila tiada ucapan khusus buat kalian dalam coretan ini...Yang perlu menjadi kepentingan pada kita semua dan suatu keubtungan yang berifat kekal,malah lebih dari apa yang kita miliki.................

pabila Allah........................


maaf akan bersambung............;]


sambungan.............pabila ALLAH benar2 telah mengaku memiliki kita.....[akan aku jelaskan apa maksudku.........]dan kita dihadiahkan ucapan salaman salama khusus buat kita dari ALLAH tuhan ygpadaNYA semua makhluk bergantung........

kerana ucapan khusus seumpama itu tanda bahawa kita dimiliki oleh ALLAH,bukan sesiapa yang bersifat lemah lantas kita dikurniakan suatu nikmat tertinggi dan amat meriangkan lebih dari riangnya seorang ibu yang bertemu semula anaknya setelah berpisah selama 500 tahun sekali pun.........

"sesungguhnya ALLAH membeli dari orang2 mukmen,baik dari ataupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.mereka berperang dijalan ALLAH sehingga membunuh atau terbunuh,sebagai janji yang benar dari ALLAH di dalam taurat,injil dan al quran......dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain ALLAH?? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung [at taubah 111]

seandainya kita ke kedai membeli sebotol air mineral,makakeseluruhan botol dan isinya[lepas berlakunya akad jual beli]secara mutlaknya menjadi milik kita kan!!
dan kita berhak sepenuhnya ats apa yang kita beli sehingga menghapuskan hak si penjual tadi betuk kan??
jadi ikhwah akhawat semuanya.........

perasaan seorang mukmen itu sentiasa ingin dibeli dan dimiliki keseluruhanya oleh ALLAH dengan menjual nyawa dan harta yang dia ada kepada ALLAH......kerana dia tersangat yakin yang ALLAH tak akan pernah mengecewakan dengan memungkiri janjiNYA....dan sangat tahu bahawa itulah kemenangan yang paling agung....hadiahnya syurga yang penuh nikmat dengan sesuatu yang tak akan dapat dibayangkan..........indahnya...

Aku berbicara tentang perasaan.oleh itu jujurlah...
apakah kita benar2 sebelim ini merasakan bahawa perlu berjual beli dengan Allah......apakah kita selalu merasakan sifat mukmen yang paling tinggi itu??
jadi jawapannya benar2 ada di hati kita dan ALLAH sangat tahu setiap niat dan isi yang ada di setiap ruangan hati kita tanpa kecuali lansung.............

jadi yang aku maksudkan dengan north east south west 7thgeneration is the best adalah bersamaan dengan apa yang aku jelaskan di atas iaitu sama dengan apabila ALLAH sentiasa meredhai kita di setiap perbuatan dan perkataan dan sekiranya kita melakukan kesilapan terasa suatu perasaan yang kelam menghitam,malu,hina pada ALLAH......paling minimum kita rasa bersalah bila perkara tu orang lain tahu............kan!!dan hanya tarbiah yang sempurna mampu memberikan ruh itu...........
aku akan berusaha menjelaskan maksud ini pada kalian.....sejelasnya....kerana itu janji aku pada yang mencipta kita......insyaaallah...

ikhwah akhawat yang ku cintai,
setiap manusia dikurniakan suatu nikmat yang sangat besar iaitu kebebasan membuat pilihan........untuk itu kita bebas memilih... untuk menjadi apa pun yang kita inginkan...mencapai cita2 kita di dunia ini.......tetapi suatu masa dahulu kita pernah berikrar bersama di hadapan tuhan kita yang maha agung.bahawa DIA itulan tuhan kita dan kita adalah hambaNYA serta ditugaskan untuk memakmurkan bumi ini serta menjadi penyeru kepada kebaikan dan penghalang kepada kemungkaran....kerana memang fitrah manusia menyukai kebaikan pada dirinya dan membenci berlakunya perkara buruk terhadap dirinya...............

namun......berapa ramai manusia khususnya dari kalangan kita yang sedar akan persaksiannya tika waktu itu??

ikhwah akhawat fillah.....untuk hal ini kita tiada pilihan.....

penyaksian itu telah kita lafazkan dengan hati yang benar,kita telah menerima taklifan dan tugasan ini dengan penuh kerelaan.....tatkala langit,bumi dan gunung menolaknya......ia ada dalam al quran
maka,perkara ini adalah suatu kewajipan dan penyempurnaan kepada islam......YA SUATU KEWAJIPAN.....

jadi sebelum kita memilih untuk menjadi apa pun di dunia ini,kita sudah ada suatu kewajipan yang perlu dan pasti kita laksanakan.........DAKWAH
tidaklah menjadi tujuan asal aku menulis coretan ini melainkan untuk menjelaskan kewajipan yang semakin dilupakan olah kebnyakan manusia akibat sifat kebendaan yang telah mendarah daging.........jadi north east south west 7thgeneration is the best=nahnu dua'h qabla kulli shaik[kita adalah penyeru sebelum apa pun yang kita ingin jadi]
penyeru kepada apa??

ikhwah akhawat semuanya......
perhatikanlah..... aku akan menjelaskan untuk diriku dan kalian semua kerana kasih sayang atas nama iman......

kita adalah penyeru kepada suatu fikrah......fikrah itu adalah bagaimana kita berfikir dan tindakan yang diterjemahkan......dan fikrah yang dapat menyelamatkan dunia dari ditindas dan membimbing yang bimbang serta membawa ke jalan yang lurus adalah fikrah islam............fikrah yang mampu mendidik kita untuk berkorban jiwa serta harta kita,sama ada mahal atau murah....

itulah fikrah islam yang tiada cacat celanya,noda apalagi kesesatan.......di atas fikrah ini RASUL dan para sahabat bersandar,tegak dan mengajak kita untuk berjihad........dan aku tidak ingin kita semua terkecuali.....

maka sikapku adalah kita tidak boleh mengabaikan apalagi menggantikan cara hidup dan sistem islam.......
untuk itu biar dengan apa pun kita disibukkan,biar apa pun yang kita lakukan dalam kehidupan seharian............kita mesti berusaha memahami kitab ALLAH yang suci,bertindak dengan sunnah RASUL yang sohih serta memahami sirah kaum terdahulu,para sahabat dan salafus soleh....

ikhwah dan akhawat.....
kita adalah the best dimuka bumi ini apabila kita berusaha memahami makna kesyumulan islam dan mengukuhkan iman lantas menterjemah dalam nilai hidup..........dan hanya TARBIAH yang berterusan adalah jawapan pada persoalan ini...........

SAHABATKU.............
aku telah berjanji pada diriku tatkala mencoret suratan ini untuk terus mengasihi ,mencintai,menyayangi dan mendampingi kalian sedapatnya kerana iman yang ada di hati kalian.....
biar aku ulangi......

aku mencintai kalian kerana iman yang ada di hati kalian dan kalian terus memeliharanya bersamaku.....
dan tidaklah semua mahkluk mula menjauhi kalian kerana kalian sendiri yang berusaha menjauhi sang iman........aku telah huraikan satu juzuk buku di hatiku buat kalian untuk ku bawa kalian sedayaku kepada kecintaan rabbul a'lamin dalam asasTARBIAH yang dibawa oleh RASUL.........[9;45-45]

ikhwah akhawat fillah.........


dari jiwa ke jiwa...........
M.Amirul azmi....
10;13pm 28102010