Followers

DiAnTaRa KeNaNgAn.....

KENANGAN 1
ia milik kita bersama[7tggeneration]
aku masih ingat lagi,
dengan jelas,
waktu itu,kita adalah remaja yang telah merasai,
bebas merdeka.
dari satu medan perjuangan yang besar selepas UPSR,
erm....
rasanya lebih kurang 3tahun yang lalu.
kita telah sama berusaha,membaca,menulis,memahami,
segala bentuk curahan ilmu,
dari guru-guru yang ikhlas,
semenjak hari pertama menjejakkan kaki di maktab mahmud yan.
sampailah tigkatan 3.
semuanya persediaan menghadapi 'si dia'


dan..
alhamdulillah..
berkat dorongan ibu,ayah serta tunjuk ajar guru,
tambah pula julukan semangat,
dek rakan-rakan,
kita berjaya tempuh perjuangan ini dengan baik
tiada yang mati katak,
rasanya.


dan aku masih ingat lagi,
dengan jelas,
peristiwa hari terakhir peperiksaan itu,
kita seumpama terbang di awan biru,
tatkala pengawas peperiksaan ambil semua kertas jawaapan kita,
semua rasa bebas,
fikiran tenang,
dan kebanyakkan kita,
tidak terfikir apa yang akan terjadi,
pada masa depan kita,
seperti apa yang kita jadi pada hari ini!
dan kita waktu ini,
adalah hasil perbuatan kita waktu itu..


kita ditayangkan semula,
beberapa 'slide photo' masa dalam dewan peperiksaan itu,
'photo' yang diambil dalam diam,
oleh pengawas peperiksaan tu,
ada gambar,
mereka yang tekun menjawab,
mereka yang memutarkan fikiran dengan mimik muka tersendiri,
tak ketinggalan juga,
mereka yang tertidur...
barangkali letih sungguh berjuang.


dan aku masi ingat lagi,
dengan jelas,
hari kemerdekaan kita bersama dihiasi dengan bermacam aktiviti,
kita dibawa oleh guru-guru ke salak denai,
chalet dalam hutan yang indah,
mandi kolam bersama,
mengikuti tazkirah di malamnya,
hening bersama bunyi serangga,
di balik hembusan angin gunung yang menusuk ruangan tulang,
deruan air yang menyedapkan gegendang telinga,
menenangkan ruh,
menambah keimanan bagi mereka yang berfikir..
kita benar2 terkesan dengan suasana itu,
habuan selepas berjuanglah katakan.


aku masih ingat lagi,
dengan jelas,
kita bersama dibawa bersiar,
dan berziarah,
antaranya bukit bendera dan muzium perang,
bersama-sama dengan penuh riang,
bergambar dan membingkaikan kenangan bermakna itu,
dalam sekeping hati,
agar menagih kerinduan tatkala melihatnya semula,
pada masa akan datang..
memang tujuanku untuk memutarkan kenangan itu sebentar,
dalam jiwa kalian,
aku tak mampu menggambarkan pada kalian,
dengan perkataan lebih dari itu,
untuk menyentuh hati kalian.,
juga untuk aku kongsikan pada teman,
seaqidah yang lain.
kerana kita,
tiada bezanya,


pada tika inilah,
ukhuwah mulai terasa mekarnya,
bersama teman dan guru tercinta,
pokoknya,
kita waktu itu sedang berehat-rehat,
melepaskan penat,
kerana puas berjuang,

mengakhiri perjuangan itu,
dengan suasana penuh kelegaan,
keriangan,
ukhuwah,
tenang bersama-sama,
lagaknya seumpama kupu-kupu riang,
mengerumuni madu di bunga mekar,
selepas sekian lama dalam kepompong,
penuh sabar menahan keinginan.


walaupun akhirnya,
kita mula berpisah menentukan haluan masing2
di tingkatan 4....

KENANGAN 2
ia masih milik kita[7th generation]


aku masih ingat lagi,
dengan jelas,
waktu itu kita mencari trek,
buat melengkapi program tarbiah yang telah dirancang,
trek tamrin,
dibalik hutan dan sungai titi hayun.


trek itu,
lambang kesatuan kita,
kerana kita semua,seumpama dalam satu saf,
bersetuju memilihnya,
dan disepanjangnya,
kita sama2 berpenat lelah,
mengisi dengan aktiviti yang sesuai dan cocok,
buat adik2 kerana kasih sayang untuk,
membelai dengan segenap tarbiah dan ukhuwah,
bersama-sama,
meruntuhkan tembok pergaduhan dan ketidakserasian,
yang dulunya menebal.


aku masih ingat lagi,
dengan jelas,
waktu kita semua bersetuju untuk meninjau,
di sepanjang sungai itu,
cuaca mendung,
awan gelap,
air sungai melaju,
angin bertiup sejuk dibalik gunung,
sampai di bumi kita,
namun,
kerana itu sahaja masa yang ada,
kerana kita telah bersepakat untuknya,
kerana buat adik2 yang tercinta,
kerana untuk menyusun aktiviti terbaik buat kita dan mereka,
kita pergi juga,
gembira menyirami hatiku,
bimbang juga berpasak dijiwa,
barangkali akan terjadi kecelakaan.
bertemankan seorang ustazah,
akhirnya kita berjaya,
meninjau seluruh kawasa trek itu,
menetapkan beberapa aktiviti tertentu,
setelah berfikir dan menghempaskan segala idea dengan jitu,
dan tiada yang tercelaka,
cuma,
menghadiakan titisan darah,
rezeki si lintah sungai.


mengakhiri misi,
dan perjuangan ini,
dengan suasana penuh kelegaan,
keriangan,
ukhuwah,
tenang bersama-sama.
KENANGAN 3
kita tak pernah melalui kenangan ini,
kita tak pernah menghadapi peristiwa ini,
bahkan tak pernah terlintas,
walaupun sekali.
ia milik seorang kanak2 lelaki,
sungguh,ia benar terjadi,
umurnya dalam 3 hingga 4 tahun,
berjalan bersama ibunya di suatu lorong,
tenang.
dia sudah lama menunggu ibunya,
untuk menjemputnya pulang dari sekolah,
berjalan berpimpin tangan,pulang ke rumah,
sesekali dia memandang wajah ibunya,
bersih,suci,redup dengan senyuman menawan,
membuatkan dia turut gembira,
senyuman ibunya yang penuh makna,
biarpun sorot mata telah lesu..

dalam ayunan langkah terakhir,
menapak kaki ke rumah,
tiba2,
sekumpulan lelaki melaju ke arah mereka,
lengkap bersenjata,
berpakaian tentera yang lagaknya terlatih,
2 dari mereka memaut rifle,
dengan kasar,gasar,memaksa,kurang ajar,
merentap si ibu daripada anaknya,
mengacu senjata yang sedia memuntahkan peluru,
tepat di tempurung kepala,
bersama gelak tawa yang menghanbur ke udara,
yahudi......ya mereka yahudi bangsa mabuk keganasan,

senyuman manis tadi,
bertukar masam,
si ibu berusaha mempertahan si anak,
si anak berusaha menggapai si ibu,
dia,
kanak2 itu,
ditendang,disepak dengan penuh dendam,
terlepas tangannya,
dari genggaman lembut dan bertanggungjawab sang ibu,
dia,
hanya mampu melihat ibunya,
direntap tudung,
ditampar pipi tempat ciumannya,
ditendang kejam dengan kasut beralas besi,
lalu disumbat ke dalam trak,
dan dibawa pergi oleh sekumpulan,
binatang bangsat itu,
hanya mutiara jernih,
sebagai lambaian terakhir,
sang ibu pada dirinya,
lalu menghilang di balik bayangan,
debu padang pasir...

menyedari,
dia tak akan bertemu lagi,
sang ibu tercinta,
lantas dia bangun,
untuk mewakafkan diri,
dalam perjuangannya,
pada umur yang masih muda,
walau hingusnya masih belum kering,
namun dia telah memahami tentang buminya,

memulakan perjuangan dengan suasana,
sangat pilu,
sedih dan hanya ingin menuntut haknya semula,
akan membalas semula semua kejadian,
yang merampas kebahagiaannya...

renungkanlah dengan hati yang benar...sejauh mana kita.
KENANGAN 4
kita tak pernah melalui kenangan ini,
kita tak pernah menghadapi peristiwa ini,
bahkan tak pernah terlintas walaupun sekali,
namun sebenarnya,kita pernah menyentuhnya,
mungkin sekali,
kemudian,
kita lupa......
ia milik seorang lelaki,
ketika dia sedang berjalan,
tiba2,
terdengar suara dari langit,
maka mendongaklah dia keatas,
yang dia lihat,
jibrael yang pernah datang padanya,
di gua hira' dulu,
sedang duduk di atas kerusi,
antara
lalu,
dia berlutut sehingga,
rebah ke bumi,
kemudian dia pulang bertemu si isteri tercinta,
katanya;'selimutkan aku,selimutkan aku!'
lantas diselimutnya,
lalu ALLAH menurunkan firmanNYA yang bermaksud,
"wahai orang2 yang berselimut,
bangunlah serta berilah peringatan,
dan amaran,
dan tuhanmu,maka ucaplah,
dan ingatlah kebesaranNYA,
dan pakaianmu,
maka hendahlah engkau bersihkan,
dan segala kejahatan,
maka engkau jauhilah!"[al mudathir 1-5]
kemudian wahyu turun berturut2......
{sahih bukhari}
lelaki itu sangat memahami,
hakikat perintah tuhannya,
matlamat memberi peringatan,
supaya baginda tidak membiarkan,
seorang pun menyanggahi,
keredhaan ALLAH di alam ini,
melainkan,
hendaklah diberi peringatan,
tentang akibat buruk,
sehingga menimbulkan kegerunana,
di hati dan fikiran......

matlamat membesarkan tuhan,
supaya baginda jangan membiarkan,
seorang pun membesar diri di muka bumi ini,
melainkan,
hendaklah dimusnahkan kekuasaannya,
dipusingkan belakangnya ke bawah,
agar tidak ada di muka bumi ini,
melainkan kebesaran ALLAH semata-mata..


matlamat membersihkan pakaian,
dan menjauhi segala kejahatan,
supaya mencapai pembersihan zahir dan batin,
dan juga bermaksud,
membersihkan jiwa daripada sebarang keburukan,
dan kecemaran,
sampai ketahap yang sempurna,
dengan itu,
jadilah jiwa manusia,
jiwa yang layak berada di lembayung rahmat ALLAH,
yang berlanjutan pemeliharaanNYA,
hidayah dan cahayaNYA,
jadilah dia,
manusia terbaik untuk dicontohi,
tertarik kepadanya setiap hati yang sihat,
dan juga hati yang menyeleweng,
terasa hebat dan agungnya dia,
sehingga,
semua isi dunia tertumpu padanya,
sama ada mereka setuju atau membantah....


matlamat tidak mengharapkan balasan yang banyak dengan apa yang disampaikan,
supaya baginda tidak menganggap besar,
usahanya apatah lagi merasa hebat,
malah,
hendaklah terus berusaha keras,beramal dan beramal,
banyak bekorban,
kemudian melupakan pengorbananya itu,
malah semua itu,
adalah pasti dengan bantuan ALLAH,
sehingga baginda,
tidak akan merasa perasan,
dengan usaha dan jerih payahnya,


dan apa yang telah dialami oleh lelaki ini,
adalah gangguan dari mereka yang menentang,
berbentuk bantahan,
ejekan,
sehingga sampai tindakan nekad,
untuk membunuhnya dan para sahabatnya,
serta menghapuskan semua orang mukmen,
yang mengikutnya,
justeru,
ALLAH menyuruh baginda,
bwesabar dengan kekuatan,
dan kejituan,
bukan untuk habuan,bukan kepentingan diri,
malah semata mata,
untuk redha tuhannya...


lantas memulakan perjuangan memikul beban,
yang berat di bahunya,tidak digugurkan nya,
iaitu,
beban amanah di muka bumi,
beban kemanusiaan,
beban aqidah,
beban penentangan dan jihad,
menyelamatkan seluruh umat,
manusia...


kenangan yang aku nukilkan tadi,sebenarnya adalah pengalaman yang menjadi guru pertama
menunjukkan dan menanam prinsip jua jati diri pada pemiliknya
yang ditaqdirkan ALLAH

kenapa aku menyentuh persoalan kenangan???
kerana ramai yang selalu mengimbas kenangan lalu...
tetapi tidak pula mengambil iktibar untuk mengejar impian hari esok...
dari kenanganlah kita sepatutnya memperbetulkan matlamat hidup..
kerana kenangan menunjukkan di mana,sejauh mana kita dengan matlamat sebenar kehidupan.
persoalannya,
apakah matlamat sebenar kita di dunia?
sejauh mana kita memahaminya?
apakah kita telah melunaskannya?
adakah kita hidup berpaksikan matlamat itu?
dan tahukah,apakah kecelakaan kalau tidak mamahaminya
dan melaksanakannya??

pengakuan islam tidak akan sempurna tanpa memahami hakikat ini.
maka,
insyaallah,aku akan menjelaskan dengan ringkas sedayaku,
seiring pemahamanku,
kerana aku juga manusia yang masih lemah dan penuh kesalahan,
dan anda berhak untuk menilainya..

al quran menjelaskan beberapa kumpulan manusia,
cara kehidupan,dan matlamat hidup mereka..
dan dalam kumpulan ini sahajalah manusia dikategorikan.
contohnya,selepas membaca penjelasan ini,
anda boleh mengklasifikasikan dimanakah kumpulan kenangan
7thgeneration,kanak2 itu, dan lelaki mulia tad
dengan hati yang benar dan fikiran waras anda..
1.tumpuan hidup makan dan berseronok.
dan sebaliknya,orang2 kafir menikmati kesenangan di dunia ini,serta mereka makan ,minum
sebagaimana binatang2 ternak makan minum,sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka
muhammad;12
2.matlamat hanyalah hiasan dan kesenangan hidup fana.
dijadikan indah kepada manusia kesukaan kepada benda2 yang dingini nafsu,iaitu perempuan,
anak pinak,harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak,kuda peliharaan,
yang bertanda lagi terlatih,dan binatang2 ternak,serta kebun2 tanaman.semuanya itu adalah
kesenangan hidup di dunia.dan ingatlah,pada sisi ALLAH ada tenpat kembali yang sebaiknya
iaitu syurga..
al imran;14
3.tumpuan hidup mewujudkan huru hara,mencetus suasana
tidak aman dan tidak selamat.
dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia mmenyebabkan engkau tertari hati[mendengarnya],dan dia[bersumpah dengan mengatakan bahawa]ALLAH menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya,padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya[kepadamu],kemudian apabila dia pergi[dengan mendapat hajatnya]
berusahalah dia di bumi ini,untuk melakukan bencana padanya,dan membinasakan tanaman2 dan keturunan,[binatang ternak dan manusia] sedang ALLAH tidak suka kepada bencana kerosakan.
al baqarah;204,205
4.matlamat orang beriman.memimpin manusia kearah jalan
yang benar memancarkan cahaya islam di serata muka bumi.
wahai orang yang beriman,rukuklah serta sujudlah mengerjakan sembahyang,dan beribadahlah
kepada tuhanmu[dengan mentauhidkannya]serta kerjakanlah amal2 kebajikan,supaya kamu berjaya[dunia dan akhirat].dan berjihadlah kamu pada jalan ALLAH dengan jihad yang sebenar-benarnya.DIAlah yang memilih kamu,[untuk mengerjakan suruhan agamanya]dan dia menjadikan kamu menanggung suatu keberatan,dan susah payah dalam perkara agama,iaitu agama bapa kamu,ibrahim.DIA menamakan kamu orang islam semenjak dahulu dan di dalam [al quran] ini supaya rasullullah[muhammad] menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu,dan supaya kamu pula,menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia[tentang yang benar dan yang salah].oleh itu,dirikanlah sembahyang,dan berilah zakat dan berpegang teguhlah kamu kepada ALLAH.DIAlah pelindung kamu.DIAlah sahaja sebaik baik pelindung dan sebaik baik pemberi pertolongan..
al haj;77,78
oleh itu,nilailah dari kenangan kita,
sejauh mana kita,
dan masih belum terlambat lagi pun..
untuk berubah.
al quran dihadapan kita telah lama menjelaskan..