Followers

jiwa dakwah @ jiwa 'jemaah'?



bismillahirrahmanirrahiim


..innal hamda lillah, nahmaduhu wa nasta'iinuhu wa nastaghfiruh, wa na'uuzubillahi min syuruuri anfusina wa min sayyiaati a'maalina..
 

Kalau matlamat same, tp fikrah lain cmne? boleh gerak kerja skali dak??

jawapannya : Pasti boleh. kerana orang yang punya matlamat berbeza dan fikrah berbeza pun boleh kerja sekali. inikan pula matlamat yang sama, pasti boleh melakukan gerak kerja bersama.

Cuba kita lihat PAS dan DAP, mereka punya matlamat yang berbeza.. tetapi mereka boleh bergerak bersama dalam satu pakatan rakyat.

Ok, isu ini tutup di sini ya.. masing-masih sudah berstatus mahasiswa, jadi timbangkan baik dan buruk kata-kata kalian dengan hati dan iman bukannya nafsu.


Topik baru

 
Penulis faham, persoalan yang timbul bukan soal fikrah sama atau tidak..

Persoalannya ialah, mengapa kita belum mampu bersatu? (baca: belum)

Berikut saya kongsikan quot-quot yang dipetik dari wall fb cikgu Mohd Hairi Nonchi. beliau merupakan seorang penulis muda yang sudah menghasilkan lebih 6 buah buku ilmiah. beliau juga merupakan bekas aktivis jemaah 'A' ketika menuntut di universiti Malaysia Sabah.

terkesan dengan kata-kata beliau,

" usahlah melihat siapa yang menyampaikan kebenaran, tetapi lihatlah kebenaran apa yang disampaikan"


quot-quot itu


QUOT 1


Kepada mereka yang bedakwah melalui gerakan/jemaah/parti tertentu, betulkan niat dan tujuan anda dalam berdakwah.

Sia-sialah dakwah dan pengorbanan anda sekiranya dakwah yang kalian lakukan itu adalah demi memuaskan hati pimpinan dan ahli jemaah/parti, atau kerana ingin memasyhurkan nama jemaah/parti atau lain-lain seumpama selain daripada tujuan kerana Allah semata-mata.

Renungan sejagat.Akibat tidak faham konsep berjemaah dalam Islam, maka timbullah ungkapan-ungkapan berbau ashobiyyah ala jahiliyyah seumpama:

"Muslimat yang bertudung labuh tu jemaah apa?",

"Orang yang berkopiah itu PAS ke UMNO?" dan lain-lain ungkapan seumpama.

Wahai umat Islam, hentikan semua ini. Tidak cukupkah Islam menjadi tali kukuh yang mengikat peersaudaraan kalian sehingga begitu taksub meletakkan syarat menyertai jemaah/parti sendiri sebagai tanda kesempurnaan Islam dan Iman seseorang?


P/S: Islam = al-Qur'an dan as-Sunnah SAHIHAH berdasarkanke kefahaman para Sahabat, bukan Syiah dan seumpama.

 

QUOT 2

Dakwah ialah ibadah dan setiap yang kita sampaikan kepada masyarakat, sama ada benar atau tidak, semua itu akan kita tanggung di hadapan Allah kelak.

Maka perkukuhkan ilmu mengenai al-Qur'an dan as-Sunnah sahihah, mantapkan kefahaman yang benar mengenainya dan kemudian dakwahlah manusia menuju kepadanya.

Semoga Allah memberi kekuatan dan bimbingan kepada para da'i yang ikhlas untuk memahami, mengamal dan mendakwahkan ajaran agamaNya kepada umat manusia seluruhnya.


QUOT 3

Saya sering diajukan satu soalan oleh sekian ramai saudara Islam yang memasuki universiti: "Jemaah mana satukah yang perlu saya sertai dan patuhi?" Jawapan saya mudah:

"Berjemaahlah dengan semua umat Islam, selagi dia Islam bermanhaj Ahlus Sunnah wal Jama'ah (berpegang kepada al-Qur'an dan as-Sunnah sahihah di atas kefahaman para Sahabat).


Kita diperintahkan untuk berjemaah sesama umat Islam, bukan berpuak-puak lalu taksub pada puak sendiri. Berpuak-puak dan menganggap puak sendiri paling hebat, paling Islamik berbanding kumpulan lain bukanlah berasal daripada Islam. Malah ia adalah kemiripan kepada semangat ashabiyyah kaum jahiliyyah yang pernah diperangi oleh Allah dan RasulNya.

Kita juga diperintahkan untuk taat hanya kepada ajaran al-Qur'an dan as-Sunnah sahihah, bukan kepada pandangan mana-mana pimpinan kumpulan yang tidak berasaskan kepada kedua-dua sumber hukum itu."

Amat mendukacitakan apabila kita dapati tidak sedikit gerakan dakwah hari ini yang dilihat lebih mengutamakan dakwah kepada meramaikan ahli gerakan masing-masing berbanding mendakwahi manusia kepada mengenal Allah (tauhid) dan Sunnah RasulNya yang sahih.

Berikut peringatan Rasulullah terhadap kaum yang enggan beramar makruf nahi mungkar:

“Demi yang diriku berada di Tangan-Nya, hendaklah kamu menganjurkan kebaikan dan melarang kemungkaran atau (jika kamu tidak melaksanakannya) nyaris Allah akan mengirimkan azab-Nya ke atas kamu. Kemudian kamu berdoa akan tetapi ia tidak dimakbulkan (oleh Allah) kepada kamu.”
  - Hadith at-Tirmidzi dalam Sahih Sunan at-Tirmidzi, no. 2169.


Penutup

mungkin ada yang membaca post ini kurang setuju atau mungkin juga ada yang setuju dengan tulisan penulis ini. jika antum setuju, setujulah kerana ALLAH. jika antum tidak setuju, maka nilailah semula samaada antum setuju kerana tidak sesuai dengan selera antum atau memang tidak kena dengan al-quran dan sunnah.

Ayuh, bersama kita menjadi insan yang hatinya lunak memahami agama. bukan hanya menggenggam gelaran mahasiswa 'aliran agama'.

wallahu a'lam.