Followers

safe our filling for the right one!!


dalam kisah ni,
anggaplah "aku" tu adalah diri anda
semoga terpelihara "filling" untuk yang sepatutnya...



pengembaraan bermula.......



saat aku menulis dan menari-narikan jari jemari memilih huruf yang tepat ini,sebenarnya batinku sedang menjerit,meraung,rindu,bahagia,gembira,duka,hiba,tenang,sakinah ku rasa dilimpahi perasaan ini semua.barakah..........malu rasanya.

aku...
sudah lama menantikan dia.aku sudah lama meredam rindu padanya.aku sudah lama ingin menatap wajahnya yang tenang dan damai,penuh cinta.aku menyedari kehadirannya dalam hidupku semasa aku di maktab mahmud yan tingkatan 2.namun,waktu itu,aku masih rasa hina,lemah,dan rasanya tidak layak untukku bertegur sapa dengan dia.siapalah aku di hadapan nya agaknya ya???

tetapi....
pada saat itu,aku terus menaruh cintaku padanya.dalam hati.menjadi wasilah untukku mencapai cinta illahi yang sejati,ALLAHU RABBI!!aku selalu berdoa agar ALLAH taqdirkan aku untuknya.....untuk si dia.....untuk buah hatiku ini.semenjak dari itu,aku tidak pernah melupakan dia.kerana dia mengingatkan aku pada ALLAH......pada ALLAH....pada ALLAH.walau aku hanya mampu memerhati dia dari jauh..

maka....
apabila aku ditingkatan 4 dan 5,aku berusaha belajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu,agar aku bisa hampirinya.aku amat mencintai dia kerana ALLAH.wajahnya bermain di syurga mindaku.....sangat selalu....kerana ALLAH.

namun...
pada akhir tahun lepas,berlaku satu peristiwa.perpisahan antara aku,rakan2 dan dia.maklumlah sudah di tingkatan 5,tamatlah persekolahan ku di bumi barakah ini.agak sedih,pilu.aku menangis keseorangan dalam lubuk hatiku yang paling dalam walaupun pada tika itu,akulah manusia yang tersenyum manis di bibir dan memberikan kata2 semangat pada yang lain.dalam pelukan kami dan salam ukhuwah kami...

dari kelu,
perkenalan itu berlalu
dan ukhuwah itu,
makin dingin dan pilu.

rintih rindu
saat ini,
apakah benar
tamsilan cintaku,
padamu sahabat
terpalit onar dan cemar.?

kian merana
hati membara
batin tersiksa
tak mampu lagi berbicara.

bertenanglah!
tabah
saat perpisahan ini,
hikmah menanti
kita pasti tak bersendiri.

tadi malam
aku bermimpi
ukhuwah terdalam
kurniaan illahi

hanya ku pinta
doamu selama
disisiku....

pada ketika majlis wida' itu,aku tidak sengaja melihat si dia keseorangan.dia terpandangku sekilas.matanya muram.terus dia mengalih pandangan daripadaku.aku tidak dapat menafsir apakah maknanya itu..tapi,aku merasakan dia juga seperti aku.naluriku kuat mengatakan begitu.walaupun kami tidak pernah sesekali bertegur sapa hatta berpandangan sekalipun.itulah kali pertama matanya dalam mataku,walau cuma sedetik.dia berlalu pergi.aku tidak mampu menahan siksaan batin lagi....

malam sudah lewat..........
aku menunggu rakanku untuk tidur.pun begitu bukan semuanya tidur.ada yang masih mandi,ada yang sedang bermain bola,melepaskan dendam setelah lama berjuang untuk spm.ada yang menonton video sambil berborak-borak.ada yang masih diluar kamar,melilau pandangan memerhati bintang.aku melangkah longlai ke sebuah kamar yang lain.jam 1.30 pagi.lantas aku terus mengadu pada ALLAH atas kesesakan dan kesedihanku.aku bakal merasakan aku bakal terpisah dengannya.pagi itu aku tak henti2 berdoa pada ALLAH agar tidak pisahkan aku dengannya.aku terlalu mencintainya,ALLAH.demi ALLAH,ku cinta padanya kerana ALLAH dan RASUL.esoknya....

kami semua berpisah menentukan haluan perjalanan hidup masing2.....

kini,aku dan rakan dulu di maktab mahmud yan,semuanya sambung pengajian sebentar menduduki STAM.ada di nahdhoh,maktab mahmud alor setar,smka fauzi dan yayasan khairiah,walaupun hanya ada seorang sahaja dari kalangan kami yang tidak turut serta..

dunia tenang.dalam ketenangan itu,aku pasti tidak akan dapat melupakan dia.

namun.....
suatu yang memeranjatkan bagiku,aku telah terserempak dengannya semasa perjalanan pulangku di pintu gerbang sekolah.rupanya dia juga berada di sini.bertapa girangnya aku!!!ALLAH maqbulkan doa aku pada malam tragis dulu!!alhamdulillah..aku tidak akan lepas dia berlalu pergi dengan diamku ini.aku sudah bertekad...

sampai....
aku sekarang telah pun ditemaninya di mana pun jua.dialah kekasihku yang paling aku cintai.sampai mati dia akan tetap menemaniku.demi ALLAH!ALLAH tujuan kami dalam semua hal dan perkara,ALLAHlah matlamat kami.aku tenang menatap wajahnya kini.dia selalu menasihatiku agar jangan tinggal amalan sunnah,kerana ianya sumber kekuatan dan penuh hikmah.bertahajjudlah kerana al fateh tidak pernah meninggalkannya sejak beliau aqil balikh.

berwitirlah kerana dengan witir kau layak bergelar tentera toriq bin ziad!!solatlah subuh berjamaah kerana yahudi pengecut itu amat menggeruninya!!bacalah kalam ALLAH dengan tartil,memahami,dan berusaha untuk menterjemahkan menjadi praktikal,kerana ia adalah sebenarnya panduan kita!sentiasalah berwudhuk kerana ia petunjuk amalan kebaikan dan sentiasa menyingkirkan dosa di hati.selalu ingat akan ALLAH maha melihat kita dan mengawasi setiap gerak langkah kita kerana ia akan menerangi hatimu dan hatiku.amallah dhuha pasti kau akan bertenang diri.aku mendapatkan hal ini semua dari ucapan manis,lembut dan penuh bersemangat.

pesannya padaku....
islam ditendang kuffar saat ini.islam dipinggirkan oleh ummatnya sendiri.wajib atas dirimu menegakkannya semula.seperti keagungannya dahulu.



ku bertanya,bagaimana??
dia memberitahuku dengan senyuman manis menejukkan hati yang panas membakar...
kekuatan itu hanya akan dapat semula apabila umat islam mendapat daulah islamiah.seterusnya khilafah islamiah dan akhirnya islam akan menjadi rujukan kepada dunia dengan mencapai tahap tertinggi iaitu menjadi ustaziatul alam.

untuk mendapatkan daulah islamiah tidak semudah yang disangkakan,sebelum mendapatkannya perlu wujud dahulu usrah muslimah iaitu keluarga islam dan mujtama' muslim iaitu masyarakat muslim dan kedua duanya tidak mungkin akan wujud tanpa fard muslim iaitu pembinaan individu muslim.seecara mudahnya sebelum mendapatkan daulah islamiah,kita perlu mulakan dengan pembinaan fard muslim,dan keadaan umat islam kini mewajibkan ummatnya untuk mendapatkan kembali daulah islamiah

dia berkata lagi padaku.........
apa apa yang tidak sempurna sesuatu yang wajib,kecuali dengannya maka hukunya menjadi wajib!!

dari sini kita faham,untuk mendapatkan daulah islamiah yang wajib,kita wajib memulakan dengan pembinaan fard muslim.oleh itu wajib untuk kita mulakan dengan diri kita!!duduklah bersama mereka yang melakukan tarbiyyah,pastikan dimana pun kita berada wahai kekasihku,pastikan kita bersama tiga perkara ini..
  1. murabbi;pembimbing yang membawa menunjukkan ilmu dan kefahaman pada kita.
  2. manhaj:al quran dan sunnah
  3. biah:suasana yang membantu pembinaan fard muslim dan iman.
sebenarnya...
aku malu untuk memberitahu siapa dia kekasih ku ini...
tapi dia mahu akau kabarkan jua pada anda semua..
dialah kekasihku.... PERJUANGAN!!

"katakanlah,jika bapak2mu,anak2mu,saudara2mu,isteri2mu,keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan,perdagangan yang kamu khawatirkan akan kerugiaannya,rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai,lebih kamu cintai dari ALLAH dan RASULNYA,serta BERJIHAD di jalannya,maka tunggulah sampai ALLAH memberikan keputusanNYA.dan ALLAH tidak memberi petunjuk pada orang2 fasik"

[9:24]