Followers

menjadi manusia luar biasa.. jom!


bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

manusia biasa akan rasa dirinya biasa-biasa apabila tidak menyedari bahawa dia dicipta untuk menjadi 'luar biasa'. jadi, mula hari ini ana nak ajak semua warga 7th generation dan komuniti pembaca blog ni untuk menjadikan diri kita luar biasa.

apa perasaan kita jika orang yang selalu kita bantu tak menghargai bantuan kita?. tidak pernah berterima kasih. membalas budi, apatah lagi.

sakit hati pasti ada walaupun sedikit.

bagaimana pula jika bantuan yang kita berikan sedikit, hanya sedikit dan kita sendiri kurang mengingatnya. contohnya, kita pernah memberi RM0.50 kepada seseorang yang tidak kita kenali. kemudian, setelah 1tahun selepas itu dia bertemu dan mengucapkan terima kasih kepada kita. bukankah dia adalah manusia yang luar biasa?

ALHAMDULILLAH

terima kasih ya ALLAH! ana bahagia bila mendengar ucapan ini disebut. tapi, menjadi duka bila 'alhamdulillah' sekadar menjadi adat, bukan ibadat.

manusia luar biasa adalah mereka yang luar biasa hubungannya dengan ALLAH. bersyukur kepada ALLAH dengan sekecil-kecil benda.

terima kasih ya ALLAH, hari ni aku boleh online.
terima kasih ya ALLAH, aku baru ja update blog 7th gen.
terima kasih ya ALLAH, aku dapat peluang bekerja sebelum masuk U.
terima kasih ya ALLAH, aku boleh ambil lesen walaupun tak dapat masuk kursus bahasa macam kawan-kawan lain.
terima kasih ya ALLAH, bateri handset aku boleh penuh.
terima kasih ya ALLAH, aku dapat tidur.
terima kasih ya ALLAH, aku masih boleh rasa sakit.
terima kasih ya ALLAH, aku boleh mandi hari ni.
terima kasih ya ALLAH, aku boleh beza yang mana h
uruf A dan B.
terima kasih ya ALLAH, kaki aku masih boleh dibengkokkan.
terima kasih ya ALLAH, aku berpeluang mengenal islam dan tarbiyah.
terima kasih ya ALLAH, aku masih layak masuk periksa.

SUBHANALLAH!
terlalu banyak perkara kecil yang kita remehkan.

lihatlah, berapa ramai orang yang tak dapat tidur akibat insomnia. bagi mereka, tidur 15minit itu adalah nikmat terbesar berbanding kita yang hanya mengucapkan alhamdulillah kerana boleh bangun semula.kita terlupa nikmat tidur itu.

lihat juga berapa ramai mahasiswa miskin yang tak layak menduduki peperiksaan hanya kerana yuran yang tertunggak. juga, mereka yang gagal dan terpaksa belajar semula.

lebih ramai lagi yang berada di pedalaman dan tarbiyya
h tidak sampai kepada mereka. jangankan tarbiyyah, islam juga barangkali belum mereka kenal(na'uzubillah).

'luar biasa' mencipta keajaiban

mula saat sahabat2 membaca entri ni, ucaplah ALHAMDULILLAH dengan tulus dari hati yang ikhlas. ikhlas... antara kita dan DIA.

ikhlas itulah yang mengeluarkan kita dari limita
si 'biasa'.
formula ikhlas adalah: [ikhlas+redha= keajaiban].

kajian menunjukkan bahawa, bila kita selalu berterima kasih, aura positif akan menghasilkan charge2 yang menolak aura negatif. charge positif dalam badan kita juga menyebabkan metabolisma badan menjadi stabil.

maha suci ALLAH yang menyusun atur segalanya.. cantik sekali!


bicara hamba

1~ alhamdulillah, selesai juga entri kali ni.
2~ alhamdulillah, ada insan yang membaca entri ni.
3~ alhamdulillah, blog 7th gen ada pengunjung rupanya!




penutup

ibnu 'athoillah berkata:
" sebaik-baiknya ilmu itu, yang disertai oleh rasa takut kepada ALLAH bersamanya" (al-hikam~244~)

wallahu a'alam.


*-entri ni diolah dari motivasi pagi edisi 4 mac di IKIM.fm jam 7.30pagi.
- dipetik dari blog (ini) dengan izin.

kita hebat, kerana ISLAM!




bismillahirrahmanirrahim,

rasanya sudah terlalu lama blog 7 gen ini tak di 'update'...
ramai yang tanya ana, bila blog ni nak update. alhamdulillah, ana pun baru saja berpeluang memberi nafas baru pada blog ni. sekali lagi, ALHAMDULILLAH!

beberapa hari yang lalu, ada seorang sahabat 7 gen kata pada ana, rasa diri tak layak jadi warga 7th gen.. ana terkedu. masyaALLAH, apa hebatnya 7 gen ? adakah hebat kita pada keputusan 100 peratus PMR dan SPM rangking antara yang teratas dalam kedah?


sesungguhnya, bukanlah itu yang menjadi ukuran. kemuliaan dan keizzahan kita hanyalah kerana islam yang ada pada kita. teringat kata-kata imam an-nawawi kepada insan yang dikasihinya:

" aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu, jika kau hilangkan agama yang ada dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu"

nah, bicara imam nawawi ini jelas menunjukkan bahawa letaknya kemuliaan itu pada islam!


belajar dari para sahabat

~umar al-khattab. semasa zaman jahiliyyahnya, beliau adalah orang yang paling memusuhi nabi s.a.w dan islam. beliau adalah manusia yang keji dengan perbuatan-perbuatan jahiliyyahnya. tapi, setelah keislamannya, umar termasuk dalam kalangan sahabat yang dijanjikan syurga.
subhanallah! bahkan, jika ada nabi selepas muhammad, umarlah orangnya.
lihatlah, betapa mulianya orang-orang yang mencari kemuliaan di sisi ALLAH.

~ikrimah bin abu jahal. beliau aktif mengangka
t senjata bersama pasukan kaum musyrikin Makkah menyerang kaum Muslimin Madinah. saat Rasulullah saw. bersama pasukan Muslimin mengepung Makkah. Ikrimah sedar, jika Makkah jatuh dalam penguasaan Rasulullah saw., keselamatannya terancam.

setelah keislamannya, beliau menjadi mulia dengan doa rasulullah s.a.w :


“Ya Allah, ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah dilakukannya untuk bermusuh denganku, setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk menyerangku yang tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu, dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku maupun tidak.”


~saidina bilal bin rabah berkata: " dulu aku hamba, ALLAH bebaskan aku dengan islam. Dulu aku hina,ALLAh muliakan aku dengan iman."


bagaimana mahu mulia?

tingkatkan taqwa. hanya itu jawapan yang ada.

bagaimana?

teringat analogi jelas yang dibuat ubay bin ka'ab ketika beliau ditanya oleh Saidina Umar r.a tentang taqwa.

Ubay menjawab:"pernahkah kamu melalui jalan yang berduri?" Umar menjawab:"aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan." maka Ubay berkata:"demikianlah juga taqwa!"


hal ini selari dengan firman ALLAH yang menegaskan, tidk ada bezanya nilai darjat orang arab dengan orang ajam(bukan arab) melainkan taqwa yang dimilikinya. firman ALLAH mafhumnya:
"sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu adalah yang paling bertaqwa". (al-hujuraat 49:13)


entri kali ini saya akhiri dengan kata-kata dari imam ibnu 'athoillah:

" sesungguhnya, yang menghijab kau dari melihat ALLAH itu kerana sangat dekatnya ALLAH kepadamu" (al-hikam~177~).

wallahu a'lam.