Followers

kita hebat, kerana ISLAM!




bismillahirrahmanirrahim,

rasanya sudah terlalu lama blog 7 gen ini tak di 'update'...
ramai yang tanya ana, bila blog ni nak update. alhamdulillah, ana pun baru saja berpeluang memberi nafas baru pada blog ni. sekali lagi, ALHAMDULILLAH!

beberapa hari yang lalu, ada seorang sahabat 7 gen kata pada ana, rasa diri tak layak jadi warga 7th gen.. ana terkedu. masyaALLAH, apa hebatnya 7 gen ? adakah hebat kita pada keputusan 100 peratus PMR dan SPM rangking antara yang teratas dalam kedah?


sesungguhnya, bukanlah itu yang menjadi ukuran. kemuliaan dan keizzahan kita hanyalah kerana islam yang ada pada kita. teringat kata-kata imam an-nawawi kepada insan yang dikasihinya:

" aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu, jika kau hilangkan agama yang ada dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu"

nah, bicara imam nawawi ini jelas menunjukkan bahawa letaknya kemuliaan itu pada islam!


belajar dari para sahabat

~umar al-khattab. semasa zaman jahiliyyahnya, beliau adalah orang yang paling memusuhi nabi s.a.w dan islam. beliau adalah manusia yang keji dengan perbuatan-perbuatan jahiliyyahnya. tapi, setelah keislamannya, umar termasuk dalam kalangan sahabat yang dijanjikan syurga.
subhanallah! bahkan, jika ada nabi selepas muhammad, umarlah orangnya.
lihatlah, betapa mulianya orang-orang yang mencari kemuliaan di sisi ALLAH.

~ikrimah bin abu jahal. beliau aktif mengangka
t senjata bersama pasukan kaum musyrikin Makkah menyerang kaum Muslimin Madinah. saat Rasulullah saw. bersama pasukan Muslimin mengepung Makkah. Ikrimah sedar, jika Makkah jatuh dalam penguasaan Rasulullah saw., keselamatannya terancam.

setelah keislamannya, beliau menjadi mulia dengan doa rasulullah s.a.w :


“Ya Allah, ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah dilakukannya untuk bermusuh denganku, setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk menyerangku yang tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu, dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku maupun tidak.”


~saidina bilal bin rabah berkata: " dulu aku hamba, ALLAH bebaskan aku dengan islam. Dulu aku hina,ALLAh muliakan aku dengan iman."


bagaimana mahu mulia?

tingkatkan taqwa. hanya itu jawapan yang ada.

bagaimana?

teringat analogi jelas yang dibuat ubay bin ka'ab ketika beliau ditanya oleh Saidina Umar r.a tentang taqwa.

Ubay menjawab:"pernahkah kamu melalui jalan yang berduri?" Umar menjawab:"aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan." maka Ubay berkata:"demikianlah juga taqwa!"


hal ini selari dengan firman ALLAH yang menegaskan, tidk ada bezanya nilai darjat orang arab dengan orang ajam(bukan arab) melainkan taqwa yang dimilikinya. firman ALLAH mafhumnya:
"sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu adalah yang paling bertaqwa". (al-hujuraat 49:13)


entri kali ini saya akhiri dengan kata-kata dari imam ibnu 'athoillah:

" sesungguhnya, yang menghijab kau dari melihat ALLAH itu kerana sangat dekatnya ALLAH kepadamu" (al-hikam~177~).

wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment