Followers

kita pemuda I.S.L.A.M !


adakah ini kilang pemuda pemudi islam? jawapannya ada pada kita!


Ajaan Sesat

Ajaran sesat atau fahaman sesat tentang islam yg pertama ialah ‘masa muda aku ialah utk bersuka ria.Tua nanti baru aku taubat dan mempraktikan islam’.Ini fahaman yg banyak terpahat dlm otak kita.Diturunkan dari 1 generasi ke generasi seterusnya.Fahaman kebendaan ini nampaknya cukup berjaya melahirkan anak muda yg celik akalnya tapi buta hatinya.

Masa Gila

Demi Allah,saya tak mahu menyalahkan sesiapa kerana itu tak menguntungkan kita.Sebaliknya,sy harap kita sedar (sikiiit pun jadilah) bahawa masa muda ini adalah masa yang lebih bernilai dari emas. Masa muda ini Allah hadiahkan dgn kesihatan tubuh,kecerdasan berfikir dan banyak nikmat lain.Dan dgn pakej itu,seharusnya kita gunakan utk mencari kurnian Tuhan yg maha luas.

Maaf,saya tulis artikel ini bukannya utk menyindir,marah atau nak tunjuk baik.Saya cuma sedar bahawa Rasulallah pernah bersabda yg maksudnya.’masa muda ialah sebahagian drpd kegilaan’.
Mmg masa ini kita akn berperangai mcm org gila.Kita terdorong utk berbuat sesuka-hati,teringin utk mencuba itu dan ini(mcm org gila yg tak boleh kawal diri).Maka,penting utk diri kita kandangkan nafsu-nafsu kita itu!Caranya hanya 1 saja,kita kena mantapkan akidah kita juga.(ape?ingat lembu kambing aje ke yg kena dikandangkan?)
Fahaman masa tua baru nak bertaubat dan mula beramal ialah 1 fahaman yg jauh terpesong drpd islam!

Masa tua sebenarnya masa utk persiapan terakhir,bukannya baru nak bersiap.Contoh: org yg nak naik bas.Jika bas jam 1 ptg,jam 12.50 tghari sepatutnya dia sudah berada di stesen bas.Mana mungkin jam 12.50 baru dia nak kemas baju,nak lipat,nak cari beg,nak mandi dan bersiap dll.Mana sempat!Begitu juga manusia.Kita hidup sekali je.Sbb tu lah kita patut gunakan peluang hidup yg sekali ini utk mencari bekalan kehidupan yg kekal.
Tulang Belakang

Pemuda adalah tonggak(harapan) kpd sesebuah organisasi.

Dlm satu hadis-
”Adalah kami berperang bersama Rasulallah s.a.w sedangkan di kala itu,kami adalah (golongan) pemuda”-riwayat Ahmad.

(hadis ini cerita pasal org muda)
Kita lihat sejarah kegemilangan islam.Siapakah pemuda-pemuda islam yg habiskan masa muda dgn Allah Taala? Antara yg famous ialah Abdullah bin Mas’ud(ibnu mas’ud), Abdullah bin Abbas, Abdullah bin az-Zubair, Ali bin Abi Talib dan ramai lg. Mereka pemuda,mcm kita.Tapi bezanya,mereka gunakan masa muda mereka dgn jihad, sedang kita... habiskan masa muda dgn Jehan(nama perempuan).
Fenomena

Adakah sesuatu yg mustahil,utk melihat masjid-masjid penuh dgn anak muda? Kalau di kg saya,mmg susah la nak tengok org muda kat msjid. Ramai jemaah yg dah mcm siput(maksud saya:berjalan mcm siput) ,lambat-lambat dtg masuk saf solat.huu..nak buat mcmana,semua dah tua dan dah sakit.huhu. Nasihat saya; kalau ada masa,kita join la sikit-sikit dgn program masjid. Dekatkan diri dgn rumah Allah.Boleh?kita cuba ya..
(kecik-kecik pun boleh bersolat)
Kelebihan Muda

Dlm sebuah hadis yg menceritakan tentang 7 golongan yg dinaungi Arasy Allah,hampir kesemua golongan itu adalah golongan pemuda(bukan pemuda UMNOatau pemuda DAP).

Antara mereka ialah-
1-pemuda yg membesar dlm keadaan beribadah kpd Allah
2-pemuda yg hatinya terikat dgn masjid 3-pemuda yg saling berkasih syg kerana Allah
4-pemuda yg menolak ajakan zina,kerana takutkan murka Allah(haa…yg ni susah!!)
5-Pemuda yg bersendirian lalu dia menangis kerana mengingati Allah(yg ni lg best drpd tengok hindustan!) 6-pemuda atau lelaki yg sedekah tangan kanan,tgn kiri tak tahu.

Kita Punya Tanggungjawab

Islam tak pernah mengahalang kemahuan dan kehendak kita.Islam menggariskan panduan dan tatacara kpd kita. oh!!Saya juga pemuda mcm anda,baru 20 tahun,lebih kurang umur anda, saya juga memiliki keinginan dan minat yg sama mcm anda.Saya suka bola!layan world cup juga!saya juga suka lepak-lepak,tengok movie(fakta ni ragu-ragu),musics dan apa-apa sajalah yg anda suka.

Sama! Tapi sampai bila kita nak suka benda-benda ni saja? sampai bila kita nak tetap fikir game,bola,artis..bla..bla.. Kita semua ni takkan selama-lamanya remaja.Kita punyai tanggungjwb. Kita bukan makhluk yg diciptakan Allah utk mengikuti tuntutan nafsu semata-mata. Kita manusia!

Rujuk surahAt-tin ayat 4 hingga ayat 6:

-‘Allah mencipta manusia dlm bentuk yg paling baik. Kemudian Allah kembalikan ke tempat yg serendah-rendahnya kecuali org-org yg beriman dan mengerjakan kebajikan.Mereka diberi pahala yg tak putus-putus.

Manusia jika tiada amal soleh..hmm..faham-faham sajalah.Maksud ayat Quran td tu direct!

Kenapa masa muda kita ni banyak sgt cabaran,dugaan dan ujian?

utk menjawab soalan ni,kita kena tengok dari mana dtg dugaan,cabaran dan ujian itu.Apa yg saya perhatikan,Yahudi laknat dan kuncu-kuncu munafikin nya(boleh jadi sesiapa sahaja) telah berjaya merosakkan hati-hati dan pemikiran-pemikiran kita. Mengapa pemuda islam yg mereka serang?

Jwapannya mudah=
pemuda yg jahil dan nakal -> membesar menjadi belia yg jahil dan nakal -> menjadi ibubapa yg jahil dan jahat -> melahirkan anak-anak yg jahil juga. Penggantian demi penggantian.(faham tak flow dia?)

Jika pd generasi tersebut,ada yg ter’sedar’ maka Alhamdulillah!Tapi jika tiada yg sedar kesilapan mereka yg terlalu mengikuti nafsu,maka ini adalah kezaliman yg besar kerana hingga 7 keturunan(dan lebih) akn rosak!

Perubahan Harus Bermula Dari Mana?

Jika ditanya kpd saya..maka jawapan saya ialah bermula pada diri saya sendiri. Saya seorang tak mampu utk menyedarkan semua org. Jika anda rasa saya kawan anda(link), maka sahutlah seruan saya. Kita jadi pemuda islam. Pemuda islam yg berani mengatakan yg hak! Pemuda islam yg gagah mempertahankan maruah diri dan agama!Pemuda islam yg digeruni oleh org fasik dan syaitan-manusia.Pemuda islam yg berbakti kpd ummat dan masyarakat.

Pemuda islam ialah sebaik-baik gelaran utk kita! Tidakkah kita malu jika diri kita tak disenaraikan sebagai pemuda islam di sisi Allah?

Bagaimana Mahu Menjadi Pemuda Islam?

Jwapannya mudah. Semuanya bermula dgn berhati-hati. Terhadap makanan yg kita makan,kita perlu berhati-hati.Ambil makanan yg halal dan baik.Makanan halal banyak,tapi tak semua yg halal itu baik! Terhadap hiburan juga kita perlu berhati-hati! Jgn terjebak dgn hiburan yg melalaikan dan merosakkan.(kalau Tv rosak senang nk repair,manusia rosak susah) Yg paling penting,berhati-hati dgn penggunaan masa.Pemuda islam banyak tanggungjwb! Kita tonggak ummah,maka wajarlah kita banyak tanggungjwb.kan?

Kesimpulan

saya menulis berapi-api, tapi dlm masa ni,saya tahu tak ramai org yg ada membaca artikel ini. Maka saya pohon jasa baik org yg baca dan sedar tentang hakikat kejatuhan nilai pemuda islam ini,utk sama-sama memberi kesedaran yg sama kpd sahabat kita yg lain yg tak membaca artikel ini. Pemuda islam takkan selama-lamanya tidur.. InsyaAllah,islam akan kembali berada di puncak..hanya sekiranya saya dan anda berjaya menjadi pemuda islam.

*perkongsian asal dari blog sahabat kita ..BAYYINAT..
di edit dan copy dengan izin

wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment